Thursday, April 6, 2017

"Mak ni Bodoh La!" vs "PAANNNG!!"


orait2... memandangkan aku dah shared memory yg aku posted kat facebook masa taon 2014 pasal surat parent mintak maaf tu... makanya banyak persoalan dan tanda tanya from people yang tak tahu menahu pasal kejadian aku tampo budak dan kena maki selori tu... ekeke. baek2. sini aku ada entri original yang aku tulih sempena peristiwa bersejarah tersebut. ahahaha. semoga dapat memberi pencerahan ye! ^^

camni kesahnyaaa... haritu kan... haritu.. aku ringkaskan lah ek.

haritu aku on the way pegi sekolah... masa dok jalan tu, aku selisih satu situasi ni. sorang wanita tengah bebel apa ntah kat sorang pemuda lelaki. so aku rasa mak dengan anak la kot. mak dia tu dalam office attire. sluar slack blouse labuh tudung fareeda. (gila aku teliti siot. hahaha) kot. anak dia beruniform sekolah, baju putih seluar hijau. taktau la form berapa tapi tu uniform sekolah menengah la. besor gak budaknya. tinggi dari mak dia. gaya macam unpleasant sebab masing2 dok muka ketat dengan saling berbalas cakap. marah je bunyi dorang.

sedang aku berkelana sedang aku berjalan betul2 tepi dorang... tetiba aku dengor budak laki tu jerkah mak dia dengan nada yang tinggi..

"mak ni bodoh la!"

aku sentap! aku tersentak beb. tah cemana aku taktau, tetiba secara otometik langkah aku terhenti lantas tangan kanan aku ni ringan berterbangan melayang membelah angin meluru deras ke pipi budak tu

PAANNG!! ok ekceli bunyi macam *pek* je tapi saje la bagi saound efek power sket sebab memang kuat aku lempang budak tu. oh ya... aku ter-lempang budak tu. yep. yep. i know. surprise!! a'an yang ceria happening happy go lucky tak suka marah2 - lempang budak. world record!

hahaha. siyes, aku sendiri terkesima kejap dengan tindakan aku tu. tapi sori beb... masa tu aku betul2 marah. betul2 meluap. how ton earth ko boleh cakap camtu kat mak ngko?? dah la tinggi suara, jerkah, tengking mak... pastu panggil mak 'bodoh' ... aku taktau la kalau korang boleh tolerate kan... tapi bagi someone yang dah belajar erti kaseh sayang mak the hard way ni... aku tak rasa tu something yang aku boleh berlebih kurang. so yeah. budak tu dapat la sedas. hahaha.

lepas tu kan.. awkward moment tau. budak tu senyap je. terkejut kot. tapi mak dia... tapi mak dia... marah aku. hahahaha. demm... mak dia siap panggil aku plak bodoh.

"kenapa ko tampar anak aku? bodoh! aku sendiri pun tak pernah tampar dia so who the hell are you!?"

camtu la lebih kurang ayat dia kat aku. tapi bodoh dengan hell tu memang aku ingat la. hakhak. kecik besor kecik besor je aku tengok pompuan/kakak tu. gaya memang muslimah dah, tapi mulot memang mintak makan tanah. hek. aku tenung je mak budak tu. dah habis dia sembur aku, dia pujuk2 usap2 kepala anak dia, aku pon cakap

"maaf kak. saya hormat wanita. saya sangat sanjung para ibu. saya tak sanggup tengok seorang mak diperlaku oleh anak yang dia besarkan dengan penuh kasih sayang. tu bukan cara yang betul bagi mana2 anak pun. tapi kalau saya salah, hukumlah saya, kak."

ok dia sambung bebel. ciskek betei. baru je nak fefeeling drama swasta. takde moment sungguh kak ni. hahaha. anak dia lak kerut2 dahi, tengok aku. diam je dia. saket sangat ke camne tah. luls. lepas mak dia puas pomangpompang kat aku... dorang pon blah. ha. elok plak? tadi gadoh kemaen. ekeke.

haih... tah la

esoknya... ada kesah kat luar sekolah. betul2 kat luar kawasan sekolah. time tu aku baru nak balek keroje. budak semua dah balek dah. baru aku melangkah lepas pagar tu, tetiba ada orang panggil aku. cekgu! aku toleh la. hoh!! budak yang aku lempang semalam!! mati laa.. dia mau pukul aku kah. gulp..

tapi tak... dia bukan nak pukul aku. aku rasa la. haha. sebab? sebab dia datang kat aku cakap sori tengkiu yada yada... pastu dia bagi aku satu sampul. eh? duit kah? luls. jeng jeng jeng~ aku dapat nih..


awat tak tulih tangan... kan lebih terkesan. luls~


wheee~~ ^^ naseb baek la weh.. hahaha. aku harap aku dah buat benda yang betol. moga tuhan merahmati kami. ameenn... terharu lak baca. hiks... aa habuk masuk mata. fuh fuh!

okaayy... buleh share kalo nak. supaya jadi pedoman kat orang laen - jangan jadi macam aku. silap2 masuk lokap. zaman sekarang bukannya buleh. hahahaha. amik pengajaran ye. ^^"


2 comments:

  1. <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

    ReplyDelete