Thursday, April 20, 2017

5 Ayat yang Kena Fikir Sebelum Cakap Kat Member yang Tengah Down


assalamualaikum. hai. dah angkat baju di jemuran? ok random. muehehe

korang mesti ada kengkawan kan? dan kekadang kengkawan korang tu ada masalah. no, bukan di problematic. tapi dia in trouble. no.. bukan dia buat jahat.. ish. dia dalam kesedihan or dalam kesulitan la kaedahnya... haaa~



sebagai kawan, korang paling koman pon mesti terasa nak tolong kawan korang tu kan. at least tengah2 dia dok keriau uwekkk uweekkk waaaa hukhuk srrooottt bagai tu, nak gak korang tau... mamat ni dah kenapa teruk sangat sampai centu. kot2 kalo korang tau, korang leh tolong. macam orang kampung aku kata, a friend in need is a friend indeed. kan kan kan?

so korang pon dengan muka concern dan hati suci murni ikhlas nak tulong... korang pon approach member korang tuuu... urut2 belakang dia sket, tepuk2 bahu... kalo pompuan tu biasanya dia pegang tangan kawan pompuan dia. atototo... then korang pon tanya... awat~ hang pasaipa... mung dah bakpe... ngapenye yoobbb~...

dan sambil2 korang twit, update status, send wasap kat kengkawan korang time dia dok nanges2 cerita kat korang, korang pon dalam dengar tak dengar butir dia ngadu tu... korang pon cakap la ayat2 lazim...

zaasss! tetiba kawan korang tu melenting lalu tepis henpon korang kat tangan tu, jatuh atas jalan tar. abeh calor, pecah screen protector. uih... kau pehal kan? aku ye ye nak tolong nak dengar masalah nak chill2 acah2 concern membina... ko ngamuk melenting rage monster dah kenapa? pastu korang pon mula la ngungkit hal2 yang korang tak puas hati, sampaikan hal kucing jiran masuk rumah korang buat onar pon korang salahkan kawan korang tu. sambil amik henpon yang jatuh tu, sambil korang check damage kat fon tu, korang plak naik hantu pompang pompang kat kawan ko tu. dia pon balas balek pampong pampong....

sudahnya korang civil war dengan kawan tuuu.... sumenye sebab korang tak alert dengan apa yang korang cakap kat dia masa dia ngadu tuu.... em em~

betol. kerana mulut, badan binasa. kerana pulut, ada pulut durian. noharomm teros teringin. hahaha. em, pernah ke korang dalam situasi cenggitu? well... aku pernah. hahaha. ye lah.. niat baek wei.. nak tolong member... nak tenangkan kawan... alih2 kita plak yang bergadoh. aiseyh... tapi salah aku jugak... cakap benda yang tak berapa patut. maybe wrong timing. hihi.. padan muka aku. dan korang yang senasib aku. ahaks!

daripada apa yang aku perati la kan, sometimes orang yang tengah sendu cenggitu... dorang cuma nak orang dengar je dia ngadu. dia nak luahkan. korang lepak dengan dia, or layan dia call dengar dia membebel... tu dah membantu dah. tapi biasalah... kekadangan kita cuba nak jadi a better listener, maka kita pon respon la kat apa yang dia cerita... haaa... tapi ada beberapa repon yang kalo kita nak cakap or guna, kena tengok keadaan duluuuuu.... ni contoh2 general yang biasanya a helping hand guna jadi a destroyer. huhuk..


1. saya faham perasaan awak (i know how you feel)

uhuuu... sonoknyeeeee lah kalo ada orang faham kita. kan? but an apple doesn't always fall near the tree. sometimes it's plucked by the monkeys earlier this morning. hahaha. ok takde kaitan. abaikan2. xD actually, takde sape yang betul2 paham someone else. kekadang diri sendiri pon kita tak paham... apatah lagi orang kan? hee... jadi bila cakap 'saya faham apa yang awak rasa' tu... nampak benor mbohongnye. ahahaha. cliche much, bak kata orang kampung aku.

bila korang cakap centu... ayat tu membataskan korang untuk lebih mendalami dan menjiwai apa yang kawan korang tengah hadapi. how? why? ye lah... korang dah faham apa dia rasa... bakpe dia nak cerita lagi kat korang. kan? sudahnya cerita dia surface je, or sekerat jalan. pastu korang plak assume, oh, takde le berat mana problem dia ni... dan korang pon buat rilek je... gamak2 membantu tak? haaa.. tak membantuuuu... ni la masalahnya dengan miscommunication.

macam aku selalu cakap. takde satu anak yatim pon yang betul2 faham perasaan anak yatim laen - walaupon masing2 dah takde mak ayah. hehe. deep tak? deep tak? ekeke


2. semuanya akan ok nanti (it will be alright)

anyonyonyo.... iye, betul, korang nak pujuk kawan ko tu... nak kabo, setiap masalah ada penyelesaiannya. tapi dia tengah break down tuuu... tengah moral down... memang kena balek la kat muka korang. camne ko tau nanti2 ok? ko tuhan ke camne, bleh tau nanti ok ke tak. nanti tu bila? berapa lama lagi nak nanti tu? bla bla bla... haa.. kan dah kena. ihihi



kekadang ayat ni bleh jadi salah interpretasi. sebabkan ayat ni pon cliche, it sounds plastik tau. macam tak ikhlas. dan sometimes nampak macam korang dah taknak dengar orang tu ngadu apa.

"saya sebenarnya tengah sedih... sebab... sebab... huk.." 
"sabar ye. everything will be okay. ok?" 
".. . ."

technically, korang tak salah.. tapi dia pon betol. ^^" hakhak. "will" atau akan, is a big word, bro. menunjukkan kepastian. kesahihan bakal berlaku. em.. pointnye kat sini.. if you cannot walk the talk, don't give your word. centu la lebih kurang. boleh je pujuk, tenangkan cakap it will be okay ni... tapi tengok timing kot... hold dulu kejap ye.. bagi dia cerita habes2 dulu. heee


3. "kalau saya jadi awak la, saya dah ________ (if i were you, i would ________ )



tak.. ceritanya... yang kematian kuceng tu, kawan ngko. yang hilang tepon tu, dia.. yang lapaq nasik tu, member tu... yang korang nak kalau2 jadi dia plak dah kenapa. korang kuceng pon tadek. ko kannye tau pon dia sayang ke kucen tu cemana. sama ke dengan korang. ko telefon 2-3 bijik buleh la cakap beli je baru, takyah ingat kat fon yang hilang tu - walhal fon tu maybe tu je dia mampu beli dengan hard-earned money dia. ko makan dah kenyang... sesedap je ko kabo kedia takpe, puasa je alang2, dapat pahala bagai... bleergrghhh

kan? haaa... iye, tau la korang nak cuba bantu. you are trying to put yourself in his/her shoes. tapi kasut dia saiz 6 US, kaki ko saiz 8.5 UK... kuku kaki dia kerat pakai ketip kuku biasa je... kuku kaki ko kilat macam cermin sebab pi pedicure manicure bagai. takleh beb. bau pon laen. hehe. so sometimes kita takkan boleh letakkan diri kita kat tempat orang sesuka hati. jadi, fikir dulu sesuai ke tak, nak buat centu ye. =)


4. "ko sepatutnya buat/jangan buat camtu... ( you should've/should've not ...)

bila orang tengah mengadu kat kita.. dia cerita pasal dia... korang jangan jadi judgmental lak. takyah nak kritik sangat kot. korang kannye juri tetap gegar vaganza ke, akademi fantasia ke, the voice ke... korang kannye kak ogy or dato ramli ms. hehe. eh.. ke.. kak ogy, tok ram tengah baca ni..0___O

bila korang cakap centu, bagitau apa yang sepatutnya or tak sepatutnya kawan korang tu buat, itu akan bagi tekanan kat dia yang sedia tertekan dah tu. dia akan rasa apa yang dia dah buat tu, salah. tak betul. sebab tu jadi masalah centu. iye... walopon memang ko tau dia salah... tapi that's not the right time to correct it. sekarang dia tengah down... korang jangan down-kan dia lagi. kang dia amik desert eagle ke, magnum .44 ke bidik kat tepi kranium dia... haa.. kat dia sendiri takpe, kalo kat korang? kalo dia guna minigun yang blasting 2000 rounds per minute tu dan tembak pengunjung2 bazar ramadhan? hayookk.. sume salah korang. hayookk..

so rilek.. chill dulu. jangan simply suruh buat itu ini, or kata patutnya kena buat centu cemni bagai lagi. ok? maybe dia pon dah tau. macam jerawat kat muka korang. korang nak orang tegur "eh jerawat! ko patutnya pakai pencuci muka ni nu ni nu ni..." as if korang tak tau ada jerawat tumbuh kat muka korang kan... em em..


5. eh teruknya! (omg... that's bad / horrible / terrible / unacceptable *and the list goes on..)

iye. dia pon tau teruk. dia pon tau sedih. takyah korang tambah komen2 buat ramai buat lagi teruk . ehe...

komen2 negative camtu, kebiasaannya akan buat orang tu rasa makin hopeless. dia dah la 3rd batter. dah 2 outs. bila at bat, strikeout. pastu balek dugout dia cakap dia tak fokus sebab ada masalah kesihatan, korang kata "eh teruknya. camne leh strikeout, kena K2 tadi?" .. aku rasa mau dia mintak ganti player teros pastu. em em...


again, korang nak respon kan. secara sepatutnya. betul la, benda teruk takkan nak kata eh bagusnya, eh eloklah camtu etc. hikhik. tapi tengok la situasi ye. ingat, manusia ada hati perasaan. even the nicest person has limits, ni kan pulak kawan tengah koyak... wuwuuu~

****


eh ko ni cakap macam pandai sangat, an. kalo dah itu takleh ini takleh, cakap apa pon takleh... nak bakpe je? terajang kawan tengah down tu masuk longkang?


hee... eh marah lak. =p bukan takleh langsung, noq. boleh. tapi tengok keadaan, timing. tu guna dia interpersonal skills. haaa.. my suggestion, first korang dengan dulu. dengaaarr je. respon gak la em aa aha iye yes hmmm bagai tu. jangan respon saje, sertakan sekali attention la. tu hint tandanya korang mendengar dengan baek, cuba memahami, cuba menghayati. huio

pastu, kalo taktau nak respon apa sangat, maybe korang leh tanya dia ada apa2 yang boleh korang tolong ke, buat ke, untuk dia jadi okay balek. untuk dia tak down dah. or anything yang a friend can do for a friend. normally orang centu dorang nak a listener je. nak a shoulder to cry. someone to lean on. lepas luah hambur habes, dorang ok la. tapi kalo dia nak eskrem ke roti canai ke airbus 380 ke baru jadi ok... kalo korang rasa mampu bagi, em bagi lah. ekeke

yosh!! itu la serba sedikit aku nak kongsi dengan korang. so kalo ad ap2 suggestion ke idea ke ap2 yg berkaitan, kabo le kat aku ye. sharing is caring. ahaks! laters!!

1 comment: