Saturday, March 4, 2017

Paying for Stranger's Meals and Groceries - Yayy! Until... ^^"



orang kampung aku kata you don't have to be good to do good. maksudnya, nak buat baek tu tak nanti jadi orang baek je dulu. yang penting, buat sesuatu perkara tu yang baek2. buat sesuatu kebaikan tu dengan ikhlas.

selalu kita tengok orang cerita pasal humanity. pasal good deeds. contohnya macam yang popular lately, bagi makan kat golongan gelandangan, sediakan kemudahan untuk rumah anak2 yatim, buat kelas belajar percuma untuk anak2 orang susah, bela kucing dan anjing yang terbiar... eh macam2 lah. banyaaaaakkkk. haaa. itu yang kita tau. yang kita taktau pon banyak. semuanya in the name of helping the needy. alhamdulillah~

how nice, ayte? =)

somehow, aku memang suka bab2 tolong menolong orang ni. hikhik. cannot help la bro, helping others makes me happy. aku suka buat kije2 volunteer. ada la aku pernah join a few organizations buat charity, buat amal etc. aku percaya korang pon centu. dan kita bukanlah politicians yang perlu tunjuk dan tampilkan apa yang kita buat, kan? hehe.

speaking of deeds

baru2 ni aku ada tengok kat newsfeed fb, yang a good friend of mine kemaen excited pasal satu video ni. video tu pasal a bunch of dudes, yang buat kije amal dengan tolong bayarkan pembelian orang laen kat kaunter pasaraya.


aku tak letak pautan ke video dia plak. ahaha. korang cari la sendiri ye. kalo gi youtube pon ada contoh2 seumpamanya. taip je pay for strangers. hehe

so kesahnya, dorang nak buat kebaikan dengan cara tolong bayarkan kos atau amaun shopper kat tempat yang dorang pegi. dorang akan beratur kat belakang shopper atau customer yang tengah nak bayar harga barang2 yang dibeli. bila total je jumlah yang kena bayar, dorang keluarkan duit cash dorang dan bagi kat cashier, bayarkan untuk customer tadi. lepas tu dorang blah. done satu deed. hehehehe. cool kan?

memang la cool! seronok ooo dapat tolong orang. lagi2 bila orang rasa grateful dan thankful dan hargai apa yang kita buat tu. haaa. puas, tau tak, puas, bila dapat bantu orang ni. ^^ menengokkan video tu, aku rasa dorang ni dah lama buat centu. dan siap ada hidden camera(man) yang tolong rekodkan apa yang dorang buat, plus reaksi customer2 yang terkejut terkedu dan terharu bila ada stranger yang bayarkan untuk dorang. daaaahh ringankan beban. kan bagos tuuu. hehehe

and aku rasa dorang pon dah bincang dengan management pasaraya supermarket mall etc yang dorang nak buat those stuff. bukan senang2 ko nak dapat pasang kamera kat kaunter cashier untuk rekod what's going on kan. hehehe.

random act of kindness.

so kenapa aku tetiba highlight benda ni? hahaha. sebab aku nak cerita experience aku sendiri buat macam ni. ekeke. xD tapi result dia tak seindah dalam video ni la. ekeke

camniii.... ^^ dulu2 masa zaman belajor dulu, aku dengan kengkawan aku pernah buat camni. yep, sebijik modus operandi nya. kesah bermula pabila.. hihihi.. kitorang kat satu pasaraya masa tu. tengah beratur nak bayar barang. aku paling depan. dan depan aku ada satu makcik ni. senior citizen rasanya. dia dok tunggu cashier siap scan barann2 dia. pastu dah setel, maka terteralah jumlah yang perlu dibayar~ aku ingat lagi. rm73.26. lepas tu makcik tu pon gagau cari purse dia dalam beg tangan. lama jugak carinya. ehehe... ha! jumpak. ^^ then dia kira2 duit dalam purse tu... tetiba muka dia berubah. nooo, bukan jadi nanny mcphee. hikhik. muka dia jadi macam shocked, terkejut... pastu dia kata

Allah, nak. boleh tunggu tak. nak pi ambik duit. duit makcik tak cukup...

ooo.... kata aku dalam hati. eh. hahaha. patut la dia berubah air wajah. duit tak cukup rupanya. huhu. aku tengok kesian sangat makcik tu. memang nampak risau habeh dah. segala poket dan ceruk handbag dia korek, cari duit. kot2 la kan, ada yang terselit terlipat tetiba ada. huhu. tak sampai hati aku tengok ghope tuu... makanya, aku tanya makcik tu leklok. berapa ringgit yang tak cukup? dia gtau la sekian2 amaun. em, ada kot.

so aku pon amik duit aku, topupkan jumlah yang tak cukup tu. cashier tu senyum je. aku rasa dia lepasan spm buat part time situ. eh. em em, pastu makcik tu macam terkejut! dah hang pasepa anak oooiii!? hahaha. aku cakap takpe makcik, tak banyak pon, no worries. be happy. pastu dia sebak... uh sudah. aku kerut2 dahi taktau nak cakap apa, nasib baek orang tak ramai time tu. hahaha. then selesai urusan bayar barang dia, kami pon bayo barang kami. makcik tu still ada kat hujung kaunter. maybe dia tak puas hati kot. ^^"

terima kasih banyak2, nak ... sat makcik pi mesin naaa, cucuk duit.

beriya dia jalan lelaju nak pegi cari mesin atm. hahaha. kitorang stopped her la. then gtau takyah sesusah. rini rezeki dia. dipermudahkan urusan. nanti2 insyaAllah moga urusan kami pulak dipermudahkan. kami tengok makcik tu dah nak keriau. hahahaha. aku cuak. lepas tu kami salam cium tangan dia, senyum, jalan lelaju pulak. larik2. pak guard dekat tu ada pump gun peluru tabur tu. naya japgi. ekeke

it feels good to do good! ^^
makanya, itulah titik tolak timbul idea nak tolong orang bayarkan barang yang dorang beli. sebab? seronok tengok dorang hepi. hehehe. tak lama lepas tu, kitorang plan yang nak buat lagi. set. bila ada kelapangan, kita gi buat. wheee!!

okeh, tu sejarah penubuhan. hahahaha. now, kisah ngeri plak. jeng jeng jeng...

nak jadi cerita.... few weeks lepas kejadian tu, aku ajak kengkawan aku ni buat camtu lagi. time tu cuti sekolah. so kitorang gathered, then diskas nak buat kat mana pulak. duit? duit sendiri ah. hahahaha. insyaAllah, berapa2 yang ada je la ye masa tu. maybe one shot je untuk hari tu, that's the plan.

so pergilah kitorang ke satu pasaraya ni. dan macam biasa, kitorang tengok dari jauh dulu, customer mana yang agak2 pembelian dia tak melebihi bajet dan duit kitorang. hihi. ye lah... nak buat baek pon agak2 la kan. kot dia beli seratus, ko ada tiga puluh je... berangan hape nak bayorkan. hahahahaha. buat malu je karang wehhh. xD

then lepas tinjau2 jeling2 shoppers kat situ, kitorang jumpak la satu abang ni dengan anak kecik dia dok dukung dalam carrier depan badan dia~ dah tengok2 barang yang dia nak bayar. okeh, mampu. hahahaha. kitorang cepat2 beratur belakang dia kat lane kaunter pembayaran. and then sampai giliran dia. scan. scan. tett.. tett.. tett.. tekan2 butang mesin, tup keluar jumlah yang perlu dibayar. rm85.90. yaayyy! under budget!! hahaha. aku cepat2 keluarkan rm 90, sua kat cashier tu.

takpe bang. hari ni rezeki abang. kami bayarkan ye.

terkebil kebil brother tu sambil tengok muka aku yang tengah senyum lebor. cashier tu plak buleh buat tercengang untuk beberapa seconds, sebelom dia amik duit yang aku sua kat dia, memandangkan abang tu baru nak seluk poket keluarkan wallet. keep the change, aku cakap. lepas tu kitorang senyum kat abang tu, then keluar line.

lebih kurang la. ahahaha

happy ending much? hahahaha. hold that thought. ekeke

it's just not as pretty as we imagined . lol! kitorang takde beli barang apa pun. lalu keluar line tu, scanner kat hujung kaunter tu tak bunyi pon. we were clean! clear! taaaaappii tu la... orang malaysia ni tak macam omputeh. ekeke. abang tu bukannya terharu macam makcik sebelum ni atau people dalam video tu. abang tu dok tengok kitorang sambil cakap kuat2 "eh, dik, eh. nak kemana tu. hey!" cashier tu pulak nyalakan lampu siren kelip2 kat kaunter.... hukalooooohhhh... elok2 benda baek, dah jadi masalaaaahhh daaaaa.... xD

kitorang berhenti, toleh tengok abang dengan baby tu dok lambai2 kitorang. tetibe ada dua guards datang kat kitorang. ah sudaaaaahhhh. aku nampak dah kemana benda ni nak menghala. hahahaha. siyes macam dalam filem. lol! orang keliling sume tengok kitorang kat situ. pastu aku tak sempat sedar atau pikir apa pun, tau2 je tangan aku dengan kengkawan aku kena pegang kuat2. kena tarik gi masuk bilik management. bhahahahaha. noharooommmm. tak blue streak la camniiiii . ekeke

sekarang aku ekeke la... time tu... berpeluh wooooiiii. cuak gila2 punya. tak tau nak cakap apa. kawan aku sorang tu dah nanges2 dah... sorang lagi buat muka tak puas hati kat aku. bhahaha. mana aku nak tau benda nak jadi macam tuuuuu. ritu elok je pon. asal harini kena tangkap sebab buat baek niiiiii~~

kitorang dibawak masuk dalam control room. siyes macam dalam movie weh... yang ada skrin banyak2 tu kan? haaa. camtu la. yang tunjuk rakaman cctv setiap kaunter, setiap kamera yang ada dalam tempat tu. maka duduk lah kitorang pun atas kerusi plastik warna merah yang takde tempat sandar belakang. hikhik. kacau, kacau. plan tak jadi. hahaha. tak lama lepas dorang cakap2 kat walkie talkie, ada sorang lelaki berkot bertali leher masuk bilik tu, duduk depan kitorang. kiri kanan dia ada security tadi la, yang 'tangkap' kitorang tadi.

maka bermulalah sesi soal siasat yang bagi aku unnecessary pon. ekeke. we were interrogated beb! senget betol. bukannya kitorang buat salah pon. buat benda baek weh. pon kena? hahaha. macam2 dorang tanya. tanya nama, dari mana, kerja apa, kenapa datang pasaraya, kitorang buat apa tadi, bla bla bla.... aku dengan kengkawan jawab je la elok2 semua tu. gtau semuanya dari mula kitorang beratur belakang makcik dulu, sampai la ke saat kitorang bayarkan stranger kat kaunter tadi.

aaaannndd dorang tak percaya! hahahahaha. omg... duit yang aku bagi kat cashier tu, dorang scan, imbas berkali kali nak buktikan duit tu palsu. i was like... korang nak dapat result palsu camne, sedangkan duit tu memang duit betul. sah. tulen. xD pastu part paling tak syok... ialah part kitorang kena paksa untuk ngaku yang kitorang buat jenayah. gaaahhhh...

tuduh kitorang sindiket duit palsu lah, nak mencuri lah, nak samun pelanggan lah... pastu suruh kitorang ngaku. eh memang tak laaaaa. mati idop balek pon aku taknak ngaku buat benda aku tak buat tu. dah la benda jahat lak. bleh tahan gak kalo disabitkan kesalahan. lepas dorang teliti rakaman cctv tu, dorang tanya kitorang, sape yang boleh dorang rujuk untuk sahkan yang kitorang memang buat camtu in the name of kebaikan.

aku masa tu nak gelak pon ada, nak flip table pon ada, nak geleng kepala pon ada. kitorang punya lah nak buat baek, senyap2 taknak kecoh2. bukan nak attention ke nak apa pun, sebab tu kitorang planned dan buat bertiga kitorang je. bakpe nak gtau orang, hey, aku nak pi bayarkan barang orang beli kat market. kitorang nak buat baek ni. bleeergghhh... hahahahaha. makanya? kitorang tadek sape pon yang boleh tolong kitorang ritu. dorang nak call sape, even parents kengkawan aku pon taktau anak2 dorang buat kerja amal camni. mak abah aku lagi la takleh contact. sodaqallah dah. ihihik. mati lah naaakkk xD

tapi lepas berapa jam tah dok dalam tu... lastly pihak pengurusan pasaraya tu somehow percaya yang kitorang bukanlah berniat jahat, apatah lagi commit jenayah, macam yang dituduh bagai. hekhek. on one point, maybe dorang betul la kot... betul kat mana? em, benda2 camni bukanlah kebiasaan kat negara kita. kat dalam masyarakat kita. buat baek memang elok, tapi ada masanya kena buat properly. at least maklumkan pihak2 yang berkenaan sebelum bertindak. in case apa2, at least dah authorized untuk tu, so memudahkan keadaan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini. macam ritu tu lah. hahahaha

management pasaraya tu mintak maaf kat kitorang. katanya, sebagai langkah berjaga jaga. lagipon budaya camtu tak biasa lagi kat malaysia. orang suspek macam2.. huhu. baek. kitorang pon paham. kitorang pon mintak maaf. tak niat pon nak kecoh2 camtu. betul2 nak help others pay for their groceries je. takde niat laen pon. bukan nak attention ke, nak femes ke... nak pujian pon tak. cukup sekadar orang yang ditolong rasa hepi, kitorang pon hepi. hehe.

brader tu? apa cerita? taktau. dia tak tunggu. hahahaha. tapi manager supermarket cakap dia panggil tadi sebab tak paham apa yang berlaku, bukan tuduh kitorang buat jahat pon. dia pon terpinga pinga. hahaha. anyway masa kitorang turun tu, jumpak cashier tadi, dia senyum and cakap thanks. dia kata customer yang kitorang tolong bayarkan tu pon sampaikan salam and terima kasih. alhamdulillah. itu yang kami naaaakkk! nak tolong orang. nak dorang hepi!! ^^

*bleh je kitorang keluar terus dari opis then balek umah. tapi sebab aku nak buktikan aku dengan kawan2 tak bersalah, kitorang saje round dalam pasaraya tu sekali lagi. ekeke xD

so, guys. if you're planning to do such, macam kitorang buat or macam dalam video tu, or apa2 je lah yang korang rasa nak contribute to the community, make sure korang plan elok2. fikirkan faktor2 yang perlu ye, especially klo korang plan nak buat surprise camtu. hikhik. orang malaysia ni unexpected reaksi dorang. hahaha. kang viral lak. kot elok takpe la. kena dikatakan tak elok... masaaaakkk. ekeke. i wish you guys all the best, and keep up the good work! ^~^

aku? aku on lagi insyaAllah benda2 camni. kalo nak aku join korang pomboleyh. lemme know ya! :D


No comments:

Post a Comment