Monday, March 27, 2017

OUTREC 1 / 2017 - Antara Tali dan Kayak, kat Mana Hati Terletak. Haaaa~


24, 25, 26 Mac 2017 . selagi aku sehat dan ingatan kuat, insyaAllah aku takkan lupa tarikh2 ni, dan segala malapetaka (hahahaha) dan kesah duka suka yang terjadi . 

noooooo. bukan tarikh nikah dek nooonnnn. apa gila nikah nak tiga hari berturut. poligami berkala ke camne. hahaha. ni tarikh2 aku join program yang aku sendiri tak sangka cenggitu AWESOME nya program tu. program mende? haaa

OUTREC1 beb! stands for Outdoor Recreational Course level 1. di taman rimba bukit lagong, selayang, malaysia. memang best bro! memang gempak, sis! culture shocked teros aku. bhahahaha. dah camne lak ko leh tetiba sangkut dengan benda2 outdoor ni, an? selalu sebelom ni sokmo softball basketball kursus english bla bla bla je? hehehe. tu la nak habaq mai ni.

best wehh!!


ekceli ceritanya cenggini. ada sau hari tu, aku tengah online fb. tetiba member baek aku ni , si pelangi bin awan original, punya status naik kat newsfeed aku. dia dok promo ajak kengkawan dia pegi satu program. program tu la, OUTREC 1 tu. dia pon bagi la asbab2 menjelaskan kenapa patut join program OUTREC 1 . aku baca baca dan baca... eh, macam menarik. hehe. lagipon aku ekceli suka gak outdoor2 bagai, cuma tak la beriya, kan. huhuhu

then aku replied, kata kat dia, aku nak pergi sebab aku nak jumpak dia je. rindu. hahahaha. somehow, yes. sebab si fendi ni member ukulele aku dari 2011. taon 2011 tu lah taon pertama aku jumpak dia, dan taon terakhir aku jumpak dia sebelom jumpak kali kedua di outrec kali ni. lol! so dia pon cakap jom lah! the more the merrier. hehe. aku dok agak dia ingat aku memaen kot cakap nak join tu. kikiki. takpe. aku ni jenis man of my word. aku cakap, aku buat. muehehehe

teros lepas tu aku contact person in charge untuk program tu, buat pendaftaran. teros buat bayaran. rm 200. done! tunggu hari kejadian je. lol! ni first time aku registered untuk sesuatu program tanpa pikir panjang. selalunya aku akan amik masa dulu pikir2 bagai. tapi mengenangkan aku perlukan new ilmu, new discovery, di samping nak rehat2kan minda secara outdoor, makanya aku teros je on bendalah outrec ni. ^^

amende aku cakap tadi? nak rehat2kan minda? nak rehat? rehat? gi outrec nak rehat? em. ternyata aku silap besau mikir cenggitu. bhahahahahahaha xD

noharom 3 hari 2 malam penuh aktiviti oooiii!! ekekeke.

hari jumaat pagi tu, aku orang pertama selaku peserta yang sampai kat kem. sumpah, aku taktau nak expect apa from this programme. aku betul2 niat pergi nak timba ilmu yang insyaAllah ada masanya aku nak guna dalam hidup ni. hehe. so pepagi tu aku sampai dalam hutan bukit lagong tu, aku lepak2 la sambil2 tunggu peserta2 laen, dan tunggu aktiviti dijalankan. terkedip kedip mata aku tengok sumorang yang datang... muka masing2 muda belia. muka kaki panjat gunung panjat bukit redah hutan sungai laut bagai... Allahu... kerdilnya aku rasaaaa... aku dah tak berekreasi luar cenggitu untuk tempoh yang sangat lama sangat dah. memang la ada camping sekolah dengan budak2, tapi tu aku sebagai cekgu. ni camping ni sebagai peserta. laen weii. haha

gerun beb, tengok masing2 bawak beg hiking mountaineering bagai... sume stok pro expert lejen dah pada mata hati aku. ya Tuhaaannn... what did i sign up for... T____T hahaha. tekanan weh tengok orang laen penuh pengalaman di dada, banding dengan aku yang sekelumit cuma. rasa nak purak2 jadi warga majlis perbandaran selayang masa tu, nak masuk keta, pastu balek. lol!

bila semua dah ada, dah sampai, baru program started. ada lebih kurang 50 orang peserta untuk outrec 1 kali ni. from all kinds of walks of life. lepasan skolah, student, bekerja, freelance... eh macam2 orang weh. somehow aku seronok part tu. dapat kenal manusia2 laen yang buleh dijadikan kawan2. hehehe. ni new circle bagi aku. selama ni dok pusing area sekolah, area subjek ngajo, area sokan... ni tambah circle baru. yaayyy!!

and then all hell broke loose

hahahaha. takdelah. over exaggerate je tuh. ekeke. nak menggambarkan betapa perit jerihnya kami mengharungi outrec 1 kali ni. lol. tapi seronot beb! siyes i had fun. siyes puas. hahaha. macam2 benda, aktiviti, ilmu aku dapat sepanjang program 3 hari 2 malam yang kami semua dapat tidur cuma lebih kurang sejam je sehari. ekeke.

bila penganjur program terangkan pasal kem tu, baruuuuulah aku tau, yang outrec 1 ni ialah kursus asas rekreasi luar, towards kejurulatihan~~ ooooooooo... aku tak terpikir pasal kursus.... aku ingat ni aktiviti santai2 macam summer camp tuuuuuu... bhahahahahaha xD memang aku teros blank la lepas tu! patut la ada modul2 bagai. patut la dorang cakap kena jalankan semua modul walau cemana pon, barulah buleh dianggap lengkap menamatkan kursus. by that dorang maksudkan terima dan laksanakan segala araha, serta habeskan setiap modul yang ditetapkan walaupon terpaksa korbankan waktu rehat dan masa tidur bagai. hammekk kau an. nak rehat sangat kan. hahahahahahaha

aku tak sure about others, tapi aku memang takde kenal sesape pon kat situ kecuali fendi, member yang promo ajak datang program outrec 1 ni. semuanya new faces. memang aku taktau apa2 langsung pasal dorang. memang aku zero. lol. maka, tentu2lah aku meletakkan diri aku serenda-rendahnya berbanding manusia2 laen. sumpah tak berani nak langgar apa2 arahan. siyesli aku banyak bertanya daripada menjawab apa2. xD bukan sebab takot, tapi sebab aku rasa aku sangatlah mentah dalam bab2 outdoor dan rekreasi ni. makanya, eloklah aku berlapang minda dan hati, untuk terima ilmu yang dikongsi dan diberi. chewah! hikhik

one of manusia yang aku cukup pandang tinggi, ialah enche zaim bin zainudin. jangan tanya sape or pangkat beliau ke ap. hahaha. bagi aku, beliau ketua jurulatih yang memang tegar (tegas dan garang), hehe, dan seorang kem komander yang power. respek gila kat beliau and team jurulatih outrec nih. dedicated much. walopon ada stressnya duduk bawah seliaan enche zaim zainuddin... tapi aku admit, memang aku banyak belajar dari semua sesi dorang.

kiri skali tu. baju puteh tu. tu lah tuan zaim zainudin. hehehe. towering personality much ! tengah tu, pak hassan. ^^
kredit gambar: penghulu hairul


abeh je briefing dengan kena denda.. hahaha. a'ah. awal2 kena denda dah. ekeke. lepas briefing and kena denda kat padang, kitorang yang lelaki kena mensardinkan diri dalam lori, naik lori gi solat jumaat kat masjid luar dari kawasan perkhemahan. yang pompuan sume kat kem, kena masak untuk makan tengahari. lepas balek dari solat jumaat, sume kena gi tolong2 kat tempat masak. siapkan tempat siapkan makanan etc. dah siap makanan, pon takleh makan lagi. kena tunggu semua orang ada kat meja, makan sama2. dah cukup semua peserta, pon takleh makan lagi. kena tunggu semua jurulatih ada untuk makan sesama. dah semua ada, pon takleh kedaghah lagi. hahaha. kena baca doa kuat2 sama2, dan jemput jurulatih makan, jemput kawan2 makan. baaaaaru lah bleh makan. ekeke. dah abes makan, takleh bangun suka2 hati. kena tunggu sumorang siap makan, baru leh baca doa, terima kasih kat semua, then bangun basuh pinggan cawan. haaaa... hadap. hahaha

lepas makan, gi siapkan khemah untuk letak barang. iye, memang untuk letak barang je aku rasa. sebab memang tak rasa digunakan sebaiknya untuk tido. ekeke. aktiviti padat beb. siyes. tak putus2. cuma sempat rehat kejap time mandi2 dan solat je. lenlaen, ada je yang kena buat. huhu. and then kitorang teroskan la dengan modul2 yang ditetapkan. kitorang belajar bantu mula (first aid), belajar tentang menghayati rekreasi, belajar pasal ikatan dan simpulan... belajar kawal stress... belajar camne nak steady kena denda, lagi and lagi.. ekeke

first aid tu ekceli sangat bagus input2 yang aku dapat. selama ni kan dok bawak budak gi camping, aku rasa cekgu2 yang handle program pon tak ramai yang betul2 tau method dan teknik bantu mula yang betul or proper. termasuk la aku. kekonon tau la sket2 bila luka nak buat apa, bila nak CPR kena buat apa etc... padahal apa yang aku tau selama ni ada je tak boleh nya, kat outrec ni baru kenal cara2 yang betul nak buat bantuan kecemasan. hoho. syukur2. boleh apply bila diperlukan, insyaAllah. hehe

second day, pepagi buta dah masuk kelas kayak. belajar teori, pastu main kayak dalam tasik, dalam kolam. yaaayyy!! part ni aku senyum lebor sampei tinge. hahaha. sebab aku hantu air. memang suka aktiviti2 air ni. syok woooo~ aku pernah berkayak, tapi gitu2 je la. buat tau je dulu. now dah masuk kem outrec ni, baru laaa aku tau cara yang betul nak berkayak. alhamdulillah. best2. ilmu2. berkayak dari pagi, sampai tengahari, bawah matahari terik. rentuuunnnnggg.. lol

pastu tengahari, rehat jap, makan, solat. lepas solat, sambung kelas high rope (tali tinggi) . alaahh, untuk aktiviti abseiling dengan wall climbing tu. flying fox je kitorang tak buat. hehe. ni pon syok! selalu kalau kita gi main sokan wall climbing, kita jadi climber la kan. tapi kat dalam kursus ni, bukan tu je. dia jugak ajar kita camne nak jadi belayer, orang yang jaga tali masa kita panjat2 tu. haaaa... aku siyes tak pernah tau apa2 pasal equipment dan teknik2 climbing, belaying nih. so memang aku sonok dapat tau sume2 tu kat outrec 1 ni. abseiling pon sama. camne nak jadi stopper bagai, sume diajar. ko tau apa beza stopper dengan belayer? hikhik. soalan ekjem. xD

bila malam menjelma, ada tugasan baru pulaakkk. ada malam kebudayaan. kena buat persembahan. hahaha. ekceli kan, ekceli aku sangat2 tunggu malam kebudayaan ni. aku sukaaa! excited woohhh. pastu tetiba kitorang kena marah sebab ada berlaku kesalahan etc. teros sumorang down. termasuk la aku. dari dok elok dah plan nak berlakon camne2, teros jadi tadek mood, tadek semangat. ekeke . moral of the story, marah2 ni ada masanya tak membuahkan hasil. haha. tema malam kebudayaan kitorang ialah 'orang asli' . so semua group kena buat persembahan bertemakan tu. semua buat lakonan, satu group buat nyanyian/tarian sket2. tak kesahlah, janji malam tu malam berlibur. pastu kena ceramah lagi. ahaks!

and then malam tu jugak ada night walk. berjalan waktu malam, sekian2 jarak. dorang eksplen apa natijahnya buat modul2 tu semua, night walk bagai. pendek kata, segala yang dirancang dan dilaksanakan tu, ada sebabnya, ada rasionalnya. bukan sesaja suka2 nak syok2 sendiri buat itu ini bagai. dan kitorang pon terima dan buat sehabes baek. alhamdulillah~

pagi hari last, ada satu kelas akhir. peta dan kompas. orienteering. wohooo!! ni betul2 baru bagi aku. siyes tak pernah buat orienteering langsung sebelum ni . memang pernah guna peta, guna kompas bagai. tapi main peta kompas cari2 arah sekian2 jarah macam bersokan tu, ni first time bagi aku. kan aku cakap, aku zero knowledge masuk kursus ni. hahaha. so memang peginya nak menyerap ilmu je lah. ekeke. syok weh! terasa macam renjer hutan kejap. muehehe. terima kaseh banyak2 kat otai lejen outdoor malaysia, pak hassan. beliau sangat2 generous dalam berkongsi ilmu kongsi pengalaman yang dia ada. waktu kayak pon dia punya sharing dah best, waktu peta dan kompas pon dia ajar best. lepas tu ditambah dengan amali praktikal peta dan kompas, buat aktiviti mini orienteering kitorang sendiri. aan is happy bunch! :D

lepas siap kelas tu, teros kitorang kena hadap ujian. haaaaa... ko ingat datang belajar huhahuha suka2 syok2 centu je? kena buat ujian oooiii. ujian tali dan ikatan. segala yang kitorang dah diajar sepanjang kursus ni, kena pandai tunjuk aplikasi. ikatan ni antara subjek fevret aku walopon aku tak ace . huhu. makanya, buat sehabes baek lah. hehehe. lepas ujian tali dan ikatan, ada ujian teori bertulis pulaaaaakkk. wuwuuuu.... bab teori yang aku lemah ngat2 weiih.. kena ingat dan terangkan definisi2 istilah bagai... kena lukih kompas dan labelkan bahagian2 dia.. kena lukih anatomi kayak dan namakan part2 kayak... T_____T aku taktau laaa apa aku merapu dalam ketas ujian tu. padan muka. sape soh tak study leklok . uhuuuu... harap2nya lulus lah ye. dapat sijil tahap 1 ni. wlopon tu bukan matlamat asal aku join outrec 1, tapi aku tetap nak sebab aku dah harung sokmo dah untuk kursus kali ni. hahahaha

selesai ujiaaannn!! yeaayyy!! majlis penutup. wohooo! semua jurulatih ada, termasuk vvip dari agensi2 yang berkenaan. opkos dari PJRM adaaaa . kitorang je baru kenal hari last ritu, walopon beliau dah ada dengan kitorang dari hari first. ekeke xD makanya, selesai sudaaahhh kursus asas rekreasi luar tahap 1 yang power ni~~ yaaayyy! semoga sumorang berrjayaaaa!! barulah bleh amik gambar kenang2an. lol

eh siyes. sepanjang kursus kat kem ni, kitorang tak dibenarkan guna fon langsung. line takde tu dah satu hal, ni takleh guna tepon untuk apa2 tujuan pon. makanya? takde la gambar2 aktiviti kitorang. cuma jurulatih dan pegawai kursus je ada hak nak guna fon ke kamera ke untuk amik gambar. wuwuuu. ralat la sket kat situ. aku siap bawak action cam weh, cadang2 nak rekod aktiviti2 bagai. sekali tak buleh daaaa.. ekeke. takpelah, ada la hikmah tu. hihi.

kat sini aku letak a few yang aku amik masa dah lepas habes modul2 dan majlis penutup. so sume gambar hujung2 je . ekeke. layan je la ek. ^^

bertambah huduhnya muka aku... hahahaha xD


hoh! kat sini baru aku belajar pasal love kecik tu.. hahaha

with the penyoal hati. hahaha. baju hitam tu, chegu farhan. tepi beliau, amy. tepi aku, si mek. hehehe


anyways, kat sinih aku nak mention a few names and people.


  • tenkiu fendi a.k.a pelangi bin awan original sebab ko post pasal outrec 1 ni dan ajak aku. hehe

  • tenkiu hairul selaku penghulu kitorang sepanjang kem/kursus outrec 1 ni. senyuuummm je mat ganu sorang ni. stress camne pon, kne marah camne pon, ko rilek je. hahaha. syabas tok ulu!

  • tenkiu khemah-mates semua, wlopon beg2 kita je yang banyak spent masa sesama kat khemah. hahaha. aku harap takde barang2 korang yang rosak sebab khemah kita terbalik, masuk air time hujan lebat bagai tu. addooiii.. xD



  • tenkiu ahli kumpulan tasik banding. tam (leader), kak bi, kak sal, bari, daus, rakib, wan, zul, asila, amy. asal sebelas je ni? bukan asalnya 13 ke? 12? ahaha. korang memang best! ingat matlamat kita, nak jadi baek dan berjaya donia akhirat. ekeke

  • tenkiu pak hassan, otai lejen geng2 outdoor. dah usia 70+ pon masih steady! memang tabik ah, pak hassan! banyak ilmu pak hassan kongsi. rasa bertuah sangat kami. =)

  • tenkiu cekgu farhan, master MFA training and events yang anjurkan program outrec ni. tenkiu jugak kat semua jurulatih2 dari MFA dan PJRM yang handle program dan handle kitorang dengan hensem sokmo. hehe

  • tenkiu enche zaim bin zainudin. tuan zaim memang idola ah. sampai sekarang saya taktau dan taknak jawab soalan hati kat mana tu. hahahaha. mak saya pesan benda yang sama yang tuan pesan. xD

  • tenkiu semua ajk/exco kursus. penghulu, penghuluwati, setiausaha yg jenuh buat surat untuk segalamala ^^", exco keselamatan, kebajikan, kerohanian, makanan, logistik, perkhemahan, alatan. korang kije tiptop!

  • tenkiu semua kengkawan, geng outrec 1 edisi 2017. banyak kenangan kita sesama sepanjang kursus. walopon ada yang tak sempat kennal semua, tak sempat tau nama pun, insyaAllah, moga persahabatan yang kita jalin terus kekal dan mekar sampai bebila. ameennn.. ^^

  • syukur, terima kasih, Allah, sebab dah permudahkan urusan kami sepanjang outrec 1 ni. alhamdulillah.

kami team #memunaikan !! hahahahahahaha xD


thank you semua. and i mean thank YOU! :D moga kita jumpa lagi wehh!


2 comments:

  1. wuuu....cayalah boleh pergi aktiviti cmtu!!
    saya xboleh,,,mau nangis je keje. mcm hiking dlu...hahahahaha

    ReplyDelete