Tuesday, March 28, 2017

7 Perkara yang Lelaki Buat Bila Dia Serius dalam Perhubungan

yaaaaaaaaassssssssssss!!!

assalamualaikum. hey hey hey berjumpa lagi kita dalam rancangan "hang pi mana awat lama tak update belog ingatkan dah arwah hahaha" bersama pengacara anda... tak laen tak bukan... satu satu nya.... A'an the great the hell are you thinking!??


lol

previously ada member aku, pompuan, tanya... camne nak tau laki tu serius ke tak in relationship? camne nak tau enche beliau tu ready ke belom? camne nak tau yang gegadis ni tak bertepuk sebelah tangan? haaa... dia tanya camtu kat aku. senyum je la aku pon. sebab aku tau, tu memang masalah yang common bagi gegadis cam dia. rasa insecure. rasa tak certain. hiks. pastu pakat salahkan laki.. "lelaki semuanya sama!!" "lelaki semua penipu!!" dan lenlaen. hahaha k2 aku gurau. (tapi kalo terasa tu, aku serius. lol) anyway aku pon kannye pakar ke natang nih. just because aku ni opinionated kot... hiks. so yeah.

halt! gegadis somel tudung bawal kurung cotton sekalian, meh hakak nak hajar sket. baca ek~ ^^


1. dia rajin bertanya

atau bahasa mudahnya, amik tau / amik berat. amik berat bukan tanya korang berat berapa kilo. sampai mampuih pon takkan cakap kan? =p so amik berat / amik peduli ni macam.... let's say korang ada assignment nak kena submit... or korang ada meeting kena attend. by the time yang korang dah setel keje korang tu, enche beliau akan tanya how was it, meeting tadi camne, keje ok ke tak.. etc. haa.. nampak? tu dia amik peduli tu, maksudnya dia serius la pasal korang. lelaki kalo dia tak serius, dia takkan sebok2 nak amik tau tanya details. k? take note.

i need to cut some weight la... hmm... gambar hiasan . sumber


2. reasoning / penyebaban (ada ke perkataan tu? hahaha)

reasoning ye adik2, bukan excuses, bukan bagi alasan. sebab dan alasan berbeda. contohnya macam korang call pastu enche beliau tak jawab. or korang mesej pastu dia reply lambat. rileks~ jangan melenting mengamuk fip table bagai lagi. dengar dulu paseipa jadi camtu. lelaki kalo dia serius dengan korang dia akan eksplen kenapa dia buat camtu, kenapa jadi camni, etc. so maybe dia ada hal ke tadi, or terlupa or something... hey itu kira bagos tau laki yang bagitau kenapa/sebab/why. kalo dia tak bother pon nak jelaskan... maybe dia rasa perkara tu tak penting. or... korang tak penting. uhuu... buuuurrrnnn~~

tapi satu je la. jangan expect laki eksplen semua benda sendiri. dorang tak diprogramkan camtu. sometimes you just have to ask. =) tak susah pon. tanya la why. they will tell insyaAllah. ^^


3. hulurkan tangan ringankan beban

dah macam rancangan bersamamu plak. eh tapi memang bersama korang pon kan? haa.. laki yang serius pasal teman dia, dia akan offer help. dia rajin nak menolong. well secara lumrahnya lelaki memang akan tolong sesapa je yang memerlukan sebab tu tanggungjawab sosial sebagai seorang lelaki. tapi secara amnya laki akan tolong bila orang mintak tolong. namun begitu, kalo dengan korang.. dia akan ofer nak tolong - even korang tak sempat mintak tolong lagipon, or tak rasa nak ditolong pon. ehem~


HAHAHAHA i think it'll work xD
let's say korang gi pasar malam sesama. pastu korang beli kentang goreng, beli nasik, etc. alah... baru 3 plastik. mampu je korang jinjing kan? and tetiba enche beliau ofer, meh nak pegangkan, meh nak bawakkan barang tu... atototo... nampak? suke lettew. ~.~ hahaha

mohom paham. lelaki ni natijahnya pemalas. 1 nafsu 9 akal. salah satu akal lelaki ialah cari alasan elak buat keja or bersusahpayah hahaha. tapi bila dia tanya "nak saya tolong ke?" or "anything i can help you with?" .. sedarlah kamu bahawa sesungguhnya kamu berada dalam kalangan mereka2 yang beroleh keberuntungan. hiks. 


4. merencana dan merancang

laki... kalo dia tak serius dengan korang... dia takkan sebut anything pasal future. percaya lah. laki paling takot dengan future. betol~~ generally la. *coughs* tapi kalo dia ada tanya2 korang, esok buat apa... minggu depan pi mana... event korang tu bila... korang ada plan apa2 ke whatday whattime whatnot... tu tandanya dia nak merencana masa dia yang kat depan2 tu - dengan korang. paham? mesti la dengan korang. kalo tak, dia dah tanya Mila Kunis or Scarlett Johansson  dah... hai Scarlett Johansson, sok buat apa? weekends ni gi piknik jom?... ^^ blergh~~

bila laki tanya pasal korang punya time and schedule, tu maksudnya awak tu diambil ke dalam akaun (taken into account orang kampung aku kata.) tu petanda besor yang lelaki serius dalam perhubungan. ingat, masa tu subjektif ye. eh salah. relatif. haaa..



5. ambil peduli pasal study / keje korang

kalo dia betol kesah pasal korang, mesti dia nak semua benda smooth je untuk korang. dan kalau dia luangkan masa pikir pasal keje / study korang, bagi idea / cadangan / pikirkan jalan camne nak bagi apa yang korang usahakan tu berjaya...dia memang serius dengan korang la tu jawabnya. maybe korang tak sama field/lapangan especially bab keje. korang doktor, dia penghibur jalanan. korang jurutera, dia jururawat. korang cekgu, dia mat dispatch. tapi dia amik tau gak pasal career korang, cari cara camna nak suit-kan diri dia dengan korang punya lifestyle or keperluan hidup. silalah hargai lelaki2 yang macam ni senah oi. payah nak mampuih nak jumpak dah la ni... em em~


6. kurang / tak berkira 

ni subjektif ni. hahaha. kalo aku... hoih. sesen pon aku kira lol! i mean, kalo betol dia serius dengan korang... insyaAllah bab2 duit ni kalo dia mampu, dia tak bunyi. let's say korang kuar makan ke, shopping ke... dia tak bising la nak bayar makan untuk korang sekali walopon selalunya dia sendiri posa poket. or korang ada berkenan pretty little things ke apa ke kan... tak banyak bunyi punya - dia belikan kat korang. so tak perlu la dia cakap "saya keluar duit ni untuk awak sebab saya nak awak tau walaupun saya berkira tapi dengan awak saya tak kesah sebab saya nak serius dengan awak" baru korang nak tau pengorbanan yang dia buat tu kan. sendiri mau ingat laa... ekeke


7. dia nak jumpak mak ayah korang

ultimate seriousness. keseriusan ulung. once enche beliau cakap camtu... that's it. dia determined la tu. tobat serius. korang bleh abaikan point nombor 1 sampai 6 tadi. tak wujud pon takpe. sebab once point nombor 7 ni muncul -at any time, any point of your life- maka 1 sampai 6 akan otometik timbul. insyaAllah~ .. wallahualam.. hiks ^^

hahahaha! depends la kan. luls~
****

well well... (cakap macam suara Maleficent) sebenornye ada banyak lagi perkara yang bleh dijadikan ukuran or penanda aras. tapi aku bagi 7 yang biasa, common dan general. perlu diingat, manusia ni berbeza-beza. tak semua boleh dinilai dengan cara yang sama. so para gadis yang masih tertanya-tanya pasal enche beliau sekalian... semoga entri ni membantu ye. ^^



nampak? haha

3 comments:

  1. hmmm....awak2,,nak ngorat awak buleh?? :P
    mcm calon yang sesuai jee...

    ReplyDelete
  2. bhahahaha. how do you know sesuai? xD

    ReplyDelete