Tuesday, February 14, 2017

Rancangan TV yang Awesome!!


kat umah kitorang sekarang ni, kitorang langgan astro yang paling basic. tak hengat berapa hengget sebulan. tapi camtulah. yang paling sikit channelnye. heee. ekceli aku takde la kesah pon, sebab bukannya rajin benor tengok tv. just time2 senggang time2 lapang je. 

having said that, memang takdelah aku dapat layan history channel, national geographic, discovery, hbo, cinemax, fox movies, mtv, starworld bagai sume2 tu. makanya selain dok ulang tuko2 channel tv2 malaysia, aku pon malayan la axn diva tlc afc etc. hahaha. yang mana ada je la kan.

and sekarang, aku hooked dengan a number of tv series nih. which i'm writing here sebab nak ajak korang tengok gak la. ekeke

1. drama bersiri "The Blacklist"

sekarang dah masuk season 4 wehh!! uih drama ni memang mengundang keterujaan sungguh la. premis cerita dia aku bleh kata macam 2 in 1. cerita ni mengkisahkan satu cabang or department FBI yang kejenye selesaikan kes2 berprofil tinggi. criminals tu sume dalam senarai hitam tu la. Blacklist. salah sorang penjenayah tu ialah Raymond Reddington. 

raymond reddington ni somehow premis ceritanya banyak berkisar dengan another anchor The Blacklist ni. Agent Keen - Elizabeth Keen (brought to life by Megan Boone). setiap episod, selain dari selesaikan kes FBI, dorang jugak nak selesaikan persoalan2 personal yang timbul dalam hidup dorang. aku follow siri blacklist ni dari season 1 sampai sekarang aku masih kagum bila tengok setiap dan mana2 episod cerita ni. apa kaitan dorang dua ni? haaaa... gi tengok gi, kat AXN channel 701, tiap jumaat 9.55 malam waktu malaysia. hehehe. kalo korang jenis minat siri aksi, siri plot twist yang jenuh kena pikir, siri yang extraordinarily wow; then The Blacklist is the series to watch.

yep. yep, Red, yep.

2. drama bersiri (again?) Quantico

wohooooo!! quantico ni lagi penin kepala, beb! sekarang tengah season 2. episod2 cerita dia memang extremely berkait antara satu sama lain. takde macam single episode single happening. dari first episode season 1 sampai berapa tah sekarang, takde satu pon yang mengecewakan. semua serabutkan kepala aku. ekeke

siri ni dibintangi oleh Priyanka Chopra sebagai main character. season 1 cerita pasal dorang kat akademi FBI kat Quantico. memula aku ingat ni macam cerita tipikal la kan, macam police academy whatnot. tapi aku silaaaappp... dalam setiap episod mesti ada flashback and fastforward punya events. kejap2 tunjuk dorang punya isu masa training, kejap2 tunjuk pasal dorang di present day - kes yang melibatkan seluruh warga kerja siri quantico secara pukal dan berjemaah, termasuklah aktres fevret aku - Johanna Braddy yang jadi Shelby Wyatt dalam cerita tu.. hahaha. memula FBI je, pastu CIA plak dalam season 2 ni. tapi FBI still meddling still. eh penin nak cerita. gi tengok gi! =p

you said it

3. Nitro Circus Live

thiiiiiiiiiiiissss is a muuuuussttt waaaattcchhh shooooooowww!! omg kalau drama tu kot la direka2 kan. tapi nitro circus live ni, they're for real guys!! 

dorang ni a team of super talented daredevils yang berbackgroundkan sukan2 extreme. dan dorang jadikan minat dan kebolehan dorang tu satu kerjaya baru selaen dari sertai acara2 sukan rasmi dalam bidang masing.

they're a bunch of world-class athletes, performing insane stunts - live! takde edit2 video bagai. memang macam gi tengok circus lah, tapi versi berani mati punya. gilaaaakkk. motocross, BMX, skateboard, in-line skate, scooter, snowboard, surfboard... bathtub, besen, troli.. kerusi roda... you name it, man!! semua dorang perform flip2 spin2 gempak2 gila punyaaaaa. seriously aku kagum. siyes aku respek, salute dorang nih. aku harap dorang buat world tour dan singgah perform kat malaysia, or neighbouring country at least. aku nak pi tengok nitro circus live!!

just loookkk at tthheeeeemmmmm fllllyyyyy!!!

4. People Behaving Badly

this show... i don't know what to say... how to put it in words..... you just ... just watch it. watch it.

this, and more of this kind of stuff, in People Behaving Badly. hahahaha omg why people, whaaaaaaiiiyyyy~~~


those are my current favourite tv shows right now. aku galakkan korang tengok so kita boleh sama2 serabut kepala mikir plot cerita, sama2 kagum tengok extreme tricks... dan sama2 gelak geleng kepala sambil tengok manusia2 gigih yang ... em.. camtulah. hahahaha

lemme know what you think bout the shows! ^^

2 comments:

  1. Nitro circus & people behaving badly tu mcm menarik.. XD

    What went down pun seronok!

    ReplyDelete