Friday, January 27, 2017

Ensiklopedia Tudung: A Guy's Guide to Tudung and Hijab!

assalamualaikum. haluuuuu .. hadek2 hakak2 hanak2 hayam sekalian. pekaba? sehat? baru lepas ngumpat member2 yang tak study tapi dapat cgpa tinggi? no no no~ tak mau cenggitu dek nooonnnn. hehehe

ok ye. memandangkan kita dah di taon 2017, maka tentulah taon 2016 dah lepas kan. ok takde kaitan. hahahahaha.

baru2 ni kecoh viral kat media sosial pasal tudung rege lapan ratos. noharom. mahei bunyinye kan? sehelai lapas ratos lebih kurang. pastu pastu... sold out plak tuh orang beli! katanya dalam masa 15 minit je lepas mula jualan, sume abes dijual. peerrghhh...

and then banyak la respon netizen2 mengenai fenomena skaf / tudung itik yang kuuusss semangat tuuu... kenapa mahei? katanya ada letak batu nisan swarovsdfghjki kat situ. sebab tu rege macam cincin merisik maheinye. em em. ada yang puji, ada yang kutuk, ada yang taktau pon apa yang jadi. hahaha. as for me, jujurnya ada pros n cons. subjektif. kalo korang antara yang membeli, tahniah la kot ye? haha.

bukan bawal ye.. tawal. eh, towel. tawakkal je laaa tak kena bash. hahaha xD


so.. aku tengok2 balek keliling... ha'ah la... tudung sekarang pon dah memacam sangat. tolak la tudung saji dengan tudung periuk tu. hambar ngat aih lawak centu. soooo 2014. *rolls eyes* gegadis sekarang makin beriya dengan fesyen tudung ye. memacam bentuk, memacam saiz, memacam gaya pakai... ada yang kompleks gila, ada yang simple gila... yang terbaek hanyalah tudung bawal jugak. eh. =p

untuk entri kali ni, aku nak bagi pencerahan kepada korang2 yang sama2 blur macam aku pasal stail tudung2 sekarang. so akak2, awak2, buleh share entri ni bagi kat cik abang korang supaya dorang ada basic bila nak belikan korang tudung. hehehe

tudung ni actually genom dia terbahagi kepada 4 kategori yang utama;

1. senang pakai
2. tak berapa senang nak pakai
3. nampak susah nak pakai, tapi ekceli senang je benornye
4. rare but why not

kita start dengan kategori 1, yang senang pakai. tudung yang senang pakai pon ada sub kategori ye hadek2. jangan tetau sangat. hahaha. meh tengok.

memula, yang paling senang pakai ialah tudung sarung. iye, sarung je. tudung instant, kata orang kampung aku. tudung jenis sarung ni popular sangat sekarang. sebab dia memudahkan kije, menjimatkan masa. let's say korang bangun pagi, pastu nak hantar anak ke adik ke gi sekolah, kan. dengan muka tak basuh, gigi tak gosok, apatah lagi rambut serabai macam mak lampir.. nak bersiap malas. malas satu hal, tak cukup masa satu hal. penyelesaiannya? tadaaaaa! tudung sarung ler~ amik tudung, sarung kat kepala. dah siap. senang kan? haaaa

sumber imej
tudung sarung ni memang express. macam ekspres rakyat. if you don't know ekspres rakyat, you're too young for us. *flips bucu tudung bawal* hehe. tudung sarung jugak dikenali sebagai tudung serelom. atau istilah paling aku suka guna dulu... (dulu la... jangan kecam saya ye.. =p) tudung malas. ekeke. eh betol la kan? kan? kalo tak rajin nak kelepet2 tudung, capai tudung malas je. adjust2 sket je. setel. hihihi

tudung sarung / serelom / malas ni ada banyak jenis dah. dulu2, femes tudung ekin mawi tu. pastu ada tudung acheh. notable feature kat tudung sarung ni, ialah mostly ada awning. awning macam porch kete umah korang. kenapa ada awning? satu, stail dia la centu. awning keras, tau. tak macam bawal. bawal japgi aku cerita. kendian awning ni fungsi dia buleh jadi shades. menghalang silau. kekadang hujan pon tak kena muka, thanks to awning tudung sarung ni. hahaha.

pastu tudung sarung biasanya material dia senang urus. takyah iron pon elok dah. basuh pon senang, cuma tak semua boleh dicampak dalam mesin basuh la tapinya. kot ada batu berlian swarovski ke, batu nisan ke, batu karang ke batu brooch ready lekat kat tudung tu, takkan laa gamak nak biar mesin pulas2 tonyoh2 henyak2 tudung korang tuuu.... kang jenuh nak masuk dalam mesin basuh, kutip sebijik2 then gam balek kat tudung guna gam kanji or gam uhu. hahaha. takmau takmau. xD

tudung ekin (instant)
aku tak pasti saiz tudung ni cemana. maklumlah, aku pakai tudung bawal je. eh. tapi setau aku (berdasarkan pengalaman dengar kak aku sembang pasal tudung dia) tudung ni ada yang ada saiz. maybe s, m, L camtu la kot. kot la. dan tudung sarung ni banyak fesyen. beb. ada jenis layer2, ada jenis tingkat2, jenis rumpai laut, jenis brooch batu bata... itu bab laen dah tu. hahaha. korang gi belek kat kedai lah ye. ^^" dan dia jugak banyak brand yang mempelopori dan memajukan kepopularan tudung sarung ni. antaranya, fareeda, pearlhaya... banyak lagi oi. gi ajak si dia soppink gi. beli fareeda, takpon che ta. yang tu takyah pin. hahaha. kalo gamak taktau sangat, beli tudung syria

and then.. there's tudung bawal...

Allahu...

tudung bawal ni.. merupakan ciptaan ulung dalam peradaban manusia. anugerah terindah. karya agung yang paling sempurna. pendek kata, tudung bawal ialah tudung terbaik di mata aku. bhahahahaha. well~ aku kan #teamtudungbawal #teamkurungcotton. =p

gaya tudung dari kiri: shawl/pashmina, bawal (lepas), bawal (pin bahu), instant/sarung : kredit gambar kat aku sendiri. ni kengkawan kije kat INSPEN dulu. hehehe

tudung bawal pon masuk kategori senang pakai ekceli. aa, bagi aku senang la. aku pakai senang je. hahaha. eh. em em... tudung bawal ni tak macam tudung sarung. dia origin bentuk pat segi sama. macam biskot hup seng tu. cream crackers cap pingpong tu. haaa.. atau lebih jauh ke pelusuk imaginasi manusia, bentuk dia macam ikan bawal. tahu? ikan bawal? lebih spesifik, bawal buang ekor dengan sirip. ekeke. sebab tu la dibagi nama tudung bawal. ada paham, adik maniiisss?

bawal pon dah banyak kategori dan jenis dah sekarang... kalo dulu, seingat aku cuma ada bawal plain (satu kaler) dengan bawal batu. batu tu bukanlah zamrud delima berlian macam sekarang ni... doluu2 batu keliling tudung tu plastik je. hehe. tapi simple. santek. suka je tengok. pastu dulu2 banyak bawal kerawang bucu. camne tu? kerawang tu macam sulam2 la. motif bunga biasanya. ada kerawang kecik, kerawang besar, depend kat pemakai suka jenis macam mana. tapi siyes... bawal kerawang cukup WIN! itu semua kategori bawal tradisional. yep~

pastu muncullah sub-sub genre atau kategori bagi bawal pooonnnn.... ada bawal cotton, bawal eksklusif, bawal printed, ada bawal bunga atas kepala, ada bawal macam2 kaler, 2 tone, 3 tone, half moon, bawal crepe, bawal satin, bawal pucci yang latest ni (setakat artikel ni ditulis) dan macam2 lagi. pernah satu ketika tudung bawal ni agak tenggelam. suram je. masa tu trend pakai shawl pashmina pakai tudung ekin bagai. hehe. tu nanti gak aku cerita.

datin norjuma (aidijuma) . sumber gambar

tudung bawal pon ada saiz. tapi dia ikut bidang. kalo ko cekgu bm, tentulah ko bidang pengajian bahasa melayu kan. lol! bukan? hahaha. dia macam bidang tanah. ada sebidang tanah yang kecik, ada yang besar. ^^ biasanya bawal ada bidang 45, 55, 60. 60 tu bidang yang paling besar la setakat pengetahuan aku. kalo pakai tu, malas nak bentuk2 bagai, lepas je, memang jadi tudung labuh kompem2. kalau yang biasa2, 45 lah. atau 55 kalo nak ekstra length.

cara pakai bawal? aish... malas la nak tunjuk video tutorial. bhahahaha. pakai bawal senang la jugak walopon tak la sesenang sarung je macam tudung malas. kena gak la lipat2 sket, kelepet2 sket, tarik2 awning sket... tiup2 awning sket. awww... aku paling suka part tu. time awning tudung terkepak ke bawah, pastu si pemakai tengok ke atas pastu tiup betulkan balek. Allah... cair weh, cair.. hahahahaha xD. unless dorang yang acah2 tak suka selebet camtu, awning tu dorang lilinkan lah. ekeke. takpon kerat kertas, boh dalam awning. ha, kejung sampai sudah. hikhik

bawal ni dulu2 kain dia agak nipis, dan agak jarang. tapi sekarang ni banyak dah penambahbaikan. material pon makin bagus. sejuk je pakai. kan? kan? hehe. kaler pon dah macam2. simple lah camne pon, bawal tetap cantik dipakai. -^^- banyak brand bawal ni. yang biasa2, murah2, brand kangaroo lah. lima hengget dah leh dapat selai. biasanya kangaroo ni plain je. tapi kaler memacam. juling mata nengok. ekeke. tak pon bawal penguin. kalo nak up lagi, aaa.. bleh belek2 nama aidijuma (AJ), anaqeen, kekaboo, bawal ratu, bawal exclusive. so far aku suka tengok bawal benang hijau. i personally recommend benang hijau kepada peminat bawal plain. =)

now, kita masuk kepada kategori tak berapa senang nak pakai. ekeke

under kategori ni, tak laen tak bukan - shawl dan pashmina lah! xD alah, korang pon dah bleh agak kenapa, kan? nak pakai shawl sekarang ni takleh tepek atas kepala, tarik bawah dagu, selimpang atas bahu, siap. nuuuuuu... ajaran syiah tu. hahahaha. nak pakai shawl kena ada skill, beb. dan bentuk2 muka tertentu ada yang tak berapa sesuai pakai shawl (bak kata dorang lah yang pakai shawl. aku tak tau, aku #teamtudungbawal.. em em.. =p).

fatin liyana pakai shawl. sumber gambar takde. dia dah delete post ^^"

sejak bila tetiba selendang jadi tudung ni? haaa... agak lama jugak dah. aku tak ingat sape trendsetter pakai shawl ni. ooohhhh~ ok ingat dah. dulu, si hana tajima, anak dara jepun tu. dia cukup femes dengan gaya pemakaian shawl dan pashmina. time tu letops2 noqq. aaa, time tu jugak la zaman gelap tudung bawal. hanya mereka yang setia je yang memperjuangkan martabat tudung bawal. lenlaen, abeh deme belit2 kain keliling kepala keliling muka. hahahaha. kagum aku tengok. nak siap pakai shawl tu... nak siap belit pashmina tu... bohong la kalo dia cakap 'five minutes!' . 5 minit tu ko kali 4, pon belom tentu sudah pakai dah. hikhik

identiti utama shawl dan pashmina ni ialah, satu, dia panjang. dia tak bidang 45 55 60 macam bawal tau. tapi saiz dia ikut panjang shawl/pashmina tu. natijahnya, makin panjang shawl, makin banyak ruang boleh ko cover. like dada dan belakang. ada gak acah2 megatron, labuhkan shawl cover bahu dan lengan. pastu dengan ada jurai2 pulak pashmina dia, kemaen lagi melempai bila berjalan tu. ekeke. and tentunya semakin panjang shawl atau pashmina tu, semakin banyaklah lilitan yang korang buleh pusing kat kepala, kat muka. takkan laaa korang nak biar shawl panjang dua depa tu meleret je sapu lantai seret daun2 kering sepanjang jalan kaaaannnn... kena la belit2 santek2. haaa, itu yang jadi tak berapa senang nak pakai tuuu. xD

dah cakap.. megatron pon pakai pashmina / shawl. ekeke

and then ciri tudung shawl pashmina ni, dia tadek awning. maknanya kalau agak2 hujan turun, direct kena dahi atau hidung korang la. xde roadblock. so mekap kena tebal2 sket =p . tak pon, kalau agak2 silau tu, takde la dapat lindung mata guna awning macam tudung bawal or tudung sarung / malas. sebab tu korang tengok yang pakai shawl pashmina ni dorang sentiasa pakai spek mata gelap / shades - even jalan dalam mall pon! iyelah, silau, kan?. bhahahaha. mati laaa aku kena bash. lol

bab material, shawl or pashmina ni ada macam2 gak. biasanya shawl nipis sket, dan pashmina ni tebal sket. kain shawl ni yang popular adalah jenis chiffon (paling nipis kot), cotton, satin.. silk.. glitter.. polyester.. eh banyak lak. viscose lagi.. ^^" semuanya ada pros and cons tersendiri. like, ada yang kain jenis jarang, ada yang tebal. ada yang lembut, ada yang kasar or keras sikit. ada yang ringan - bila pakai macam tak pakai apa2. aammm... tuduunnnggg. jangan la pikir bukan2. hesh. =p ada yang berat, like bila pakai dia agak melekap atau istilah aku suka guna, kain 'jatuh' . ada yang sejuk, good ventilation. ada yang panas, bila pakai berpeluh kepala, silap2 berbuah rambut lak. ahaha. so, kalo korang agak2 nak belikan shawl untuk sesape... better selidik sket dia prefer yang cemana. kot tak kena gaya, sedih je belikan bagi kat dia. pompuan ni gitu dah la - kalau yang dia tak berkenan tu, sekali tu je dia pakai, pastu tak pakai dah. kalau dia tak sedekah kat orang, dia simpan je dalam lemari buat kenangan. em em.. sila terasa, sila terasa. hahahaha

sape ntah ni. lupa dah. google balek tak jumpak.. ahaha. sape ni, ngaku cepat! =p

pashmina? pashmina jarang aku jumpak yang jarang. hahaha. paham? xD pashmina ni azalinya tebal lerh. sesuai kalau pakai kat kutub utara, antarctic sana. gaya pon macam eskimo sket2. ekeke. tapi santek. pashmina ni meriah dengan corak dan kaler. ala2 hindustan gittewww~ cumanya, sebab dia tebal, maka disrankan pakailah anak tudung yang serap peluh. cotton la terbaek. nak mengelakkan pashmina tu sendiri serap peluh korang bila catwalk tengah2 bazar ramadhan kul 4 kul 5 dalam cuaca malaysia yang terik sekarang. takde la kejap2 cari cermin kejap2 lap muka kejap2 minum air atas alasan berkumuh dengan hebat. eh. ni hakak pesan ni, dengar. ikot. haaa. jangan malukan kita orang pompuan ni. emmmm...

pin! jangan lupa pin tudung. hahaha. brooch, jangan besaq2 sangat naaaa... anak brooch, ok. brooch kecik2, sesuai. paling santek, sematkan tudung korang jenis shawl dan pashmina ni dengan pin tudung yang ala2 tak berapa jelas kelihatan. baru la kena gayaaaa ^^ cara pakai? subhanallah... pergi lah korang ke youtube tu ye. banyak sangat2. pilih lah, ikut lah mana yang berkenan. tak daya nak buat tutorial sendiri kat sini. bhahahahaha

okeh, seterusnya, kategori ketiga. nampak susah nak pakai, tapi ekceli senang je benornye. hehe

nampak tak layer2 dia tu? gamak2 kalo shawl biasa berapa jam nak siap centu? berapa puluh pin nak guna? haaa... ilusi optik je ni. instant niiii. ekeke . sumber Lazada

eh korang still membaca? sampai sini? weh... gigihnye. tak bosan ke? hahaha. ok2. aku ringkaskan. kategori ni, sebenornye macam tudung sarung je. camne? haaa... kalo tudung sarung or tudung instant or tudung ekspres tu serelom je kat kepala, kan? tudung ni sarung gak benornye, taaappii luaran dia siap renda2 rumpai2 laut, layer2 yang nampak kompleks - padahal dah siap jahit, stitched kat tudung tu. yeaaahhh. terbongkar rahsia. bila kita tengok, dia nampak rumit, jenuh gayanya nak belit2 tepek2 bentuk2 macam cara pakai shawl pakai pashmina, tapi ekceli sume tu sebahagian daripada design yang siap dah. cuma perlu pakai dan adjust2 sket2 mana yang perlu je. itu ler ceghitenye tudung yang nampak susah dipakai tapi ekceli senang je benornye~~ dalam nama laen nya: instant shawl. hahahaha xD antara yang femes jenih ni, brand bokitta. google2. =)

kategori terakhir. kategori rare. jarang tengok. tapi ada je pakai. cuma tak meluas, maybe? dan maybe jugak ada certain2 orang je suka jenis2 ni. jenis cemana? haaa

- gaya tudung ustazah atau 'stajah'. ini... aku taktau nak cakap cemana. ada satu pesen, yang asalnya elok2 ada awning - biasanya tudung bawal lah - pastu dilipat tepi muka tu, tarik awning tu rapat ke dahi, pastu... eh aku taktaulah nak describe cemana. kerut2 dahi aku nengok gaya tudung 'ustajah' ni. ada sorang dua yang aku kenal memang suka buat gaya tudung ni especially bila aku nearby. dorang tau aku memang tak gemor gaya tudung cenggitu. seteghes. haha. boys, gi tanya kengkawan pompuan korang. mesti dorang tau tudung ustajah cemana. hihihi

- tudung makcik2 / scarf doluu2 / tudung retro. alaa aku tak jumpak lak gambo2 yang sesuai. so, aku amik dari simpanan blog lama aku ye. abaikan nama blog tu. tadek dah. hehehe. tudung ni popular zaman dulu. sekarang, tak berapa dah. rare ooo. tapi ada yang aku kenal masih setia pakai cenggini. hehehe.

maap lukih huduh. xD

- tudung turban / serban : dalam erti kata laen, tudung macam gaya yuna zarai tu. aaa, macam serban tu. memang gaya serban la kot kan? haa. itu level belit dia lagi dasat. tak lemas ke? dalam turban dia isi apa? kalo pak imam aku tau la memang ada kopiah. yuna pakai cemana? yunaaaaa. tutorial turban please!

sumber imej

- tudung labuh with/without niqab. or orang sebut purdah. biasanya dia satu set la. digayakan dengan jubah atau baju kurung. belom lagi aku pernah nampak orang pakai kain batik baju kebaya atau jogger pants dengan t-shirt lengan pendek sambil pakai purdah or tudung labuh dan berniqab. korang jangan nak hispter sangat please. please. takyah swag sangat kot ye. simpan sket berani tak kena tempat tu ye~. em em.. =)

tudung labuh + niqab / purdah

- dan laen2 yang korang rasa unik dan tak berapa mainstream. heee... maaf lah, aku tak berapa arif bab2 hijab2 ni selain tudung bawal. bawal laaagiiii.. hahahaha

dah2. aku nak berenti menulih ni. letih. ekeke. sebagai nota kaki, ni antara jenis2, jenama, brand tudung yang popular kat malaysia. sila print selit dalam wallet laki / tunang / boyfriend / kekasih gelap / skandal / admirer / crush korang yang jantan2 rabun fesyen tu. bagi dorang memahami korang sket. gittchewww~~ xD

*senarai rawak, tidak mengikut kategori mahupun harga*

kangaroo, penguin, benang hijau, aidijuma, ariani, bawal exclusive, J hijab (by umi aida), duck scarves, fareeda, naelofar (by neelofa), sugarscarf, owl (by nora danish), bokitta, radiusite, padusi (by rozita che wan), purdy petals, mumu scarves, pearl haya, ... tudung ekin, tudung wardina, tudung waheeda, tudung heliza, tudung hana tajima, tudung siti nurhaliza, tudung siti nordiana, tudung lycra, tudung mira filzah... and the list goes on and on and on... hihihi

oraitto! harapnya entri panjang noharom ni memberi input yang berguna lah ye. kalu ada salah silap tu, mohon tegur, betulkan. kalo cun, share lah secara berjemaah. ekeke. thanks for reading!! ^^




No comments:

Post a Comment