Saturday, December 17, 2016

Tukar Kad ATM dengan Fungsi MyDebit dan PayWave - Kenapa?

kalo korang tengok internet or memana saluran media sekarang, semua tengah kecoh pasal orang berpusu-pusu ke bank nak tukar kad kahwin. eh. kad ATM. pastu kat facebook kat blog kat kedai kopi kat warung sarapan pagi, ramai dok cakap pasal isu tukar kad ATM ni. ni dah kenapa ni? ngapain ribut ribuuuuttt~~

antara contoh kad ATM yang baru

okay. kita go back dari puncanya. punca kuasa untuk semua arahan penukaran kad ATM ni datangnya bukanlah semata-mata dari Maybank, CIMB, BSN, Hong Leong, or mana2 bank perdagangan. arahan ni asalnya dari Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri. so sebelum marah2 kat orang bank, pahamkan dulu betul2 asbabnya. haaa...

kendian, arahan penukaran kad ni pon berperingkat. kalo tak silap aku, dari taon lepas lagi bank2 kat malaysia ni dah uar2kan, kad atm perlu ditukar kepada kad baru yang ada sistem penambahbaikan. tak kesah la kad korang expiry date lagi seratos taon pon, kad atm yang wujud sebelom taon 2016 semua kena tukar. ok? paham kad situ? ok. =)

now, persoalan yang sokmo orang salah paham jawapannya. kenapa kena tukar kad atm ni? baek. 

1. kad expired 2016

ni kes memang wajib tukar. korang tengok kad atm korang tu. kad bawah ada tulih valid thru tu kan. itu dia punya tempoh sahlaku. expiry date. contoh, kalo tulih 05/16, maksudnya kad korang akan tamat tempoh pada bulan lima tahun 2016. bila lepas tarikh tu, kad tu takleh guna dah kat mana2 mesin atm. kan ke susah tu, like korang tengah nak pakai duit... tetiba cucuk kad, dia kata takleh guna perkhidmatan. haa... so better beringat sebelum jadi cmtu. better gi tukar. 


2. arahan penguatkuasaan sistem kad debit 

ini yang tengah hot sekarang. SEMUA bank akan kuatkuasakan sistem mydebit atau kad debit secara berperingkat. so apa benda kad debit ni? aku try eksplen dengan ringkas ye. camni.

kad DEBIT berbeza dengan kad KREDIT. kad kredit ialah kad yang korang guna untuk berbelanja tanpa guna cash. hanya tap/swipe kad bila bayar untuk pembelian. lepas tu hujung bulan korang akan dapat bil perbelanjaan yang korang dah buat menggunakan kad kredit tu. then baru pergi bayar jumlah yang dah dibelanja tu. senang cakap, berhutang la ni. beli dulu, bayar kemudian. haaa

kad debit pun boleh guna untuk berbelanja tanpa cash kat tangan jugak. tapi! aaa.. ni beza dia. bila korang guna kad debit untuk bayar apa2 yang dibeli, jumlah bayaran tu akan dipotong dari akaun korang. right away. takde hutang2. sama je macam belanja guna cash, tunai kat tangan. bezanya cuma korang kena ada duit yang mencukupi je la dalam akaun bank kad yang korang guna tu.

contoh ye. aku ada kad debit maybank. aku beli laptop harga 3000 kat kedai komputer. aku malas nak withdraw cash banyak2. takot. bahaya. huhu. kedai tu pulak terima bayaran guna kad debit/kredit, so aku guna kad debit maybank untuk bayar pembelian laptop tu. dengan syarat dalam akaun maybank aku tu ada la duit melebihi 3000. senang kan? tapi jangan la korang buat lawak la... duit dalam akaun BSN, tapi korang guna kad debit CIMB yang korang takde duit dalam akaun, or tak cukup dengan harga yang nak kena bayar... memang takleh buat transaksi laaaa....

orait. so apa beza sistem kad debit sekarang dengan kad debit yang dulu? kalau dulu, bila kita bayar guna kad debit, dia akan issue-kan satu resit yang kita kena tandatangan. mengesahkan bahawa transaksi tu adalah kita yang buat - pemegang kad debit tu. tapi.. kelemahan sistem dulu ialah, sesape je boleh guna kad tu, dan boleh sign resit. ada sistem yang memerlukan akses kata laluan untuk pengesahan, ada jugak yang tak perlu. just masukkan kad dalam mesin transponder tu, pastu keluar resit terus sign. dikira transaksi yang sah. so, tak selaras la kan.

KLIK untuk maklumat lanjut di pinandpay.com.my

so sekarang, dengan fungsi mydebit dekat kad atm korang yang baru ni, setiap transaksi memerlukan akses nombor pin akaun korang. istilahnya PIN and PAY. masukkan nombor pin akaun, disahkan, baru transaksi berjaya. haaa... selamat la sikit kan, daripada takat sign resit je. korang je la yang tau nombor pin akaun korang, so xde la masalah sangat kalau2 kad terhilang ke, tercicir ke, kena curi ke.... unless korang ni memang pelupa teruk dan takde cara laen dah untuk ingat nombor pin sendiri melainkan dengan tulis nombor pin akaun korang tu kat atas kad tu... em em... i rest my case lah. #facepalm

itu baru fungsi mydebit yang ditambahbaik pada kad debit. now ada fungsi tambahan - paywave.

natang apa pulak paywave nii...?? bayar ombak? bayar lambai? hehehe. sistem paywave ni baru je dikuatkuasakan oleh almost semua bank kat malaysia. apa fungsi dia? haaa...

paywave ni guna dia adalah untuk bayar transaksi atau pembelian yang kurang daripada RM250. yep. pembelian yang bernilai kurang daripada 250 ringgit pada satu2 masa tak perlukan korang cucuk kad atm mydebit korang tu kat mesin transponder tu. korang tengok kat kaunter kedai or restoran or memana lah yang korang nak buat pembelian/pembayaran tu... ada tak alat PayWave kat situ. kalau ada, korang hanya perlu tap atau sentuh je kad korang kat panel alat paywave tu, dan pengesahan bayaran terus dibuat. alaaa, macam touch n' go je. amaun yang dibayar/dibelanja terus ditolak dari akaun korang. takde kena masuk pin akses apa dah pun. laaaagi senang. hehe

sumber; Google


tapi tu la. downside nya... setiap purchase yang bawah 250 semua boleh guna paywave kalo ada mobile device paywave tu. sesape je boleh tap kad debit kat situ asalkan caj bawah 250 ringgit dan ada baki duit dalam akaun mencukupi/melebihi jumlah yang dibayar. so.... em... itulah. hahaha. jaga la kad korang bebaek pasni ye. kalo hilang ke cicir ke kena sebat ke taktau letak mana ke... kompem je takde kat korang, sila call bank dan blok penggunaan kad korang tu cepat2. mana la taaauuu.... better safe than sorry. ehe.

tentang fungsi paywave ni, aku rasa otometik. once korang dah buat kad atm mydebit korang yang baru ni, dia activated skai dengan paywave. kalo nak deactivate fungsi paywave tu... aku rasa korang kena tanya kat bank tu sendiri. or customer service. memana yang mudah la.

itu je benornye fungsi kad atm mydebit paywave baru ni. sistem keselamatan tambahan, dengan kemudahan pembayaran je. mana laaaa korang dapat mitos kata kalo tak tukar kad nanti takleh guna kad atm langsung. takleh keluarkan duit kat mesin atm bagai. haiihh... ni la orang malaysia. main cakaaappp je. pastu sebarkan. pastu buat muka tak bersalah wlopon input dia bagi or sebarkan tu memang salah. adooiiI~

kepada korang yang takde kepentingan or kebiasaan belanja guna kad debit, tak la perlu kelaut kekalut pergi tumpang beratur bersama sama ribuan jutaan rakyat malaysia yang memang suka buat kerja last minit dan menyusahkan diri sendiri sambil menyalahkan orang lain atas kelalaian diri sendiri. em em... boleh je korang buat taon depan, bila keadaan dah reda or lengang sket. tapi kekurangannya ialah...

1. korang takleh belanja guna kad debit. transaksi/perbelanjaan/pembayaran takleh dibuat melalui kad - hatta duit korang ribu riban berkoyan koyan dalam akaun pon. tapi still boleh gi atm keluarkan duit macam biasa. 
2. bila korang nak tukar kad lepas 1 januari 2017, korang mungkin akan dikenakan caj penukaran kad. itu bergantung pada bank yang korang gunakan servis dorang lah. macam maybank maybe caj rm12 lebih kurang. laen bank, laen harga caj. tapi korang kan kaya. tak kesah pon takat kena caj centu kan, sebab tu korang pon tak heran nak tukar kad masa awal2 disuruh tukar dulu. ehehek. jangan marah haaa.. gurau2. ^^

setakat tu sajoo perkongsian aku pasal persoalan kenapa nak kena tukar kad atm kepada kad atm mydebit paywave yang baru ni. moga ada input yang berguna lah ye. nasihat aku kepada korang yang baru nak tukar kad tu.... bersabarlah banyak2... setaon korang boleh sabar taknak pergi tukar kad di kala berkelapangan dan berkemampuan, apa salahnya korang sabar extra di waktu2 puncak sekarang ni. ehe. jangan la korang gi marah orang bank pulak, kenapa lambat kenapa slow kenapa itu ini.... kang dia jawab kenapa korang tak buat awal2 dulu time tak kalut tak sesak dulu... malu secara berjemaah je nanti. hikhik. kira bagos dah la tu bank2 kita buat inisiatif, bukak kaunter ekstra, bukak kaunter khas hanya untuk perkhidmatan tukar kad. sila banyak2 bersyukur. insyaAllah, dipermudahkan urusan.

dan bila dah dapat kad atm mydebit paywave ni... jangan korang berlagak lak. pergi beli nasik lemak kat warung pastu acah2 nak bayar guna paywave bagai. pastu perli2 kata kad baru konon nak memudahkan pelanggan etc. tu bodoh sombong namaya. kalo jumpak kat aku centu, aku patahkan kad korang tu kat situ jugak. your ignorance is in my debt. #winwalkwave . or rather... #winwalkpaywave. lol

eh. oh. lupa. penukaran kad ni merangkumi semua bank tau. kalo tak silap aku la. kalo aku silap, tolong betulkan ye. maka beruntunglah mereka2 yang banknya kurang pemunya akaun, macam agro bank, bank islam, hong leong bank, standard chartered, OCBC, RHB, HBO.. eh.. dan laen2 bank yang orang tak berebut bersesak nak pergi. wallahualam. macam aku pergi agro bank ritu... aku sorang je pelanggan bank time tu. ahaha. 5 minit siap kad baru. ekeke. kat al-rajhi pon sama. sebab? sebab tak ramai orang, walopon pada waktu2 kritikal macam sekarang ni. hihi. rezeki, beb. alhamdulillah. ^^


okeh! that's all for now. selamat beratoq! =p


4 comments:

  1. Hahaa...memang penuh!
    Masa masuk Maybank masa tu terkedu kejap knp ramai org... "Maybank buat charity bagi duit free ke??" ---terlintas pulak benda ni dlm pale hotak.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. tobat lahumm bank nk bagi duit preeeee xD

      Delete
  2. bank rakyat pn tak yah nak sibuk2 tukar sekarang

    ReplyDelete